Perkarangan Pasar Payang 2 telah dipilih sebagai lokasi Projek Rintis Infrastruktur Intelligent Pole.
Majlis perasmian Intelligent Pole telah disempurnakan oleh YB. Hj. Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu pada 15 Februari 2026.
Projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif bandar pintar oleh MBKT yang berfungsi sebagai tiang pintar pelbagai fungsi yang menyokong pembangunan bandar pintar dan meningkatkan keselamatan serta kemudahan awam merangkumi smart lighting, CCTV, akses wifi awam, sistem pembesar suara, sensor bandar pintar dan sokongan sistem bandar pintar.
YBhg. Tuan Hj. Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar, Ahli- Ahli Majlis serta ketua-ketua jabatan MBKT turut hadir ke majlis tersebut.

[ GALERI FOTO ]

