MENU
 

Majlis Perasmian Penutup Program Gegar Warisan Payang 2025 telah disempurnakan oleh YB. Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perumahan Iklim Negeri Terengganu.

Program tersebut yang merupakan kolaborasi Jabatan Pelancongan dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu itu telah berlangsung di Laman Payang, Pasar Payang 1, Kuala Terengganu dari 21 hingga 24 Ogos 2025 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.

YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selaku tuan rumah Pasar Payang 1 telah menyampaikan ucapan  di majlis perasmian penutup tersebut.
Encik Muhammad Sahril Helmy bin Kamarudin, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu turut berucap sebagai penganjur Program Gegar Warisan Payang 2025.

Turut hadir adalah YM. Raja Faisal bin Raja Harun,  Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) dan YM. Tuan Chik bin Tuan Muda, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu.

PROGRAM GEGAR WARISAN PAYANG 2025

[ GALERI FOTO ]