Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan larangan aktiviti penjualan semua produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025.
Sehubungan itu, semua pengusaha premis perniagaan diminta untuk menghentikan aktiviti penjualan produk vape selaras dengan ketetapan tersebut.
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di bawah MBKT.
Kerjasama semua pihak amat dihargai.
#MBKT #NotisPeringatan #LaranganVape #MajlisBandarayaKualaTerengganu