YAB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat di Laman Payang, Pasar Payang 1, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2025.
Program tersebut berlangsung selama 3 hari bermula dari 10 hingga 12 Julai 2025.
YBhg. Dato' Jusman bin Ibrahim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) turut menerima Sijil Penghargaan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersempena Program Madani Rakyat Negeri Terengganu 2025 daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
MBKT telah berjaya melaksanakan Inisiatif Mempercepat Proses Kelulusan Permit Kerja-Kerja Kecil (PKK) daripada 2 hari kepada 1 jam yang telah menyumbang kepada penjimatan kos pematuhan tahunan.
Inisiatif tersebut berjaya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan produktiviti serta memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dan rakyat.
[ GALERI FOTO ]