MENU
 

Program Terengganu Smart City Activation Day (TSCA) telah diadakan pada 9 Oktober 2024 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.

Majlis Bandaraya KualaTerengganu (MBKT) melalui Jabatan Perancang Bandar turut menyertai pameran Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2030 Bandaraya Warisan Pesisir Air di Pusat Sains dan Kreativiti tersebut.

Program TSCA telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Wan Mohd Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu mewakili YAB. Menteri Besar Terengganu.

Antara pengisian program adalah Pelancaran Buku Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun dan Majlis Daerah Marang.

Turut diadakan juga adalah Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu ( Smart Terengganu) 2040.

Terengganu Smart City Activation Day (TSCA)

[ GALERI FOTO ]