MENU
 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama MS Citajaya Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Pembersihan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada 27 Ogos 2024.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang berangkat mencemar duli ke Dataran Batu Burok. Hadir bersama adalah Yang Amat Mulia Tengku Seri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato' Seri Muhammad Mua'az.

Seramai lebih kurang 400 orang terlibat dalam program berkenaan. YAB. Dato' Seri Dr. Hj Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu turut mengiringi DYTM. Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

MBKT merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program tersebut.

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU

[ GALERI FOTO ]