MENU
 

YB. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik selaku bapa angkat Pasukan Hoki Terengganu SUKMA ke-21 telah menyempurnakan majlis ramah mesra bersama-sama Pasukan Hoki Terengganu pada 29 Jun 2024 di Kelab Eksklusif MBKT, Batu Burok,

Kuala Terengganu.

YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut dengan memberikan kata-kata semangat kepada Pasukan Hoki Negeri Terengganu yang akan beraksi di Kejohanan SUKMA ke-21 di Sarawak pada 17-24 Ogos 2024 nanti.

Yang Berhormat juga telah menyatakan keterujaan beliau dapat bertemu dan menjadi bapa angkat kepada Pasukan Hoki Negeri Terengganu.

Beliau berharap agar wira dan wirawati sukan hoki ini akan dapat membawa pulang kejayaan yang cemerlang dan menaikkan martabat Negeri Terengganu.

Moto 'Hanelang Bangkit' telah dilaungkan sebanyak tiga kali sebagai pembakar semangat kontinjen Hoki Terengganu.

Turut hadir di majis makan malam tersebut adalah YBhg. Dato' Tun Ahmad Faisal.bin Tun Abdul Razak, Chief de Mission (CDM) SUKMA ke-21, YBhg. Dato' Hj. Rosli bin Latif, Datuk Bandar MBKT selaku CDM 1 dan Puan Hajjah Maldiana bin Abd. Patah, Timbalan CDM 2 Sukma ke-21, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Hashim, Setiausaha MBKT, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan MBKT (KESUMBA) serta Pasukan Hoki Terengganu SUKMA ke-21/2024.

MAJLIS RAMAH MESRA PASUKAN HOKI TERENGGANU SUKMA Ke-21/2024

[ GALERI FOTO ]