MENU
 

Operasi haiwan berkeliaran sekitar daerah Kuala Nerus pada 1 Jun 2020 telah berjaya menangkap dua (2) ekor lembu yg dibiarkan berkeliaran di sekitar Kubang Badak dan berhampiran kem PGA. 

Dinasihatkan kepada semua penternak lembu di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus agar tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran kerana boleh mengancam nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya selain mengelakkan tindakan diambil oleh pihak MBKT.