MENU
1. Pasar Besar Kedai Payang
    Sebuah pasar yang setaraf pasar seni kalau di Kuala Lumpur ini amat terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda  
    nak membawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang.Terdapat bermacam 
    produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut Terengganu seperti keropok,
    rempah nasi dagang ikan masin dan banyak lagi.
    Alamat : 20000, Kuala Terengganu, Malaysia
 
2. Mydin Hypermarket Kuala Terengganu
    Alamat : Lot PT 1547 & 1548, Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
    No. Telefon : 09-627 6786
 
3. Giant (Kuala Terengganu Mall)
    Alamat : Padang Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
    No. Telefon : 09-631 9233
 
4. Kompleks Kraf Noor Arfa
    Kompleks Kraf Noor Arfa ini memiliki reka bentuk tradisional Terengganu. Sebuah lokasi yang perlu   dilawati untuk
    mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi keindahan dan keunikan seni batik di Malaysia.Yang menariknya lagi, anda
    boleh membeli secara borong batik-batik di sini. Terdapat juga kraftangan lain yang dipamerkan di sini seperti anyaman, 
    ukiran kaca dan wau.
    Alamat : Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) Lot 4153, Kawasan Perindustrian Cendering, 21080 KualaTerengganu.
    No. Telefon : 09-617 9700
 
5. Paya Bunga Sentral
   Alamat : Jalan Tengku Embong Fatimah, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
 
6. Desa Murni
    Sekiranya anda ingin membeli-belah pakaian dengan sakan inilah destinasi yang tepat kalau berada di  Terengganu. Di
    sini terdapat bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung dan kain pelikat. Ia juga boleh
    dikatakan sebagai syurga membeli-belah bagi wanita kerana di sini juga menempatkan beribu-ribu pilihan tudung 
    muslimah kerana Desa Murni juga turut dikenali sebagai pusat tudung muslimah terbesar di pantai timur.
    Alamat : 17888, Jalan Baru Pak Sabah, Kuala Dungun, Terengganu