Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Peranan Jabatan

  1. Merancang aktiviti bahagian-bahagian bawah kawalan.

  2. Mengurus pengeluaran lesen perniagaan, komposit, pejaja, hiburan dan pertubuhan makanan.

  3. Mengurus sewaan dan pengeluaran lesen bagi semua pasar-pasar awan dan pasar malam.

  4. Mengurus pengeluaran permit perniagaan.

  5. Memantau dan melaksanakan tindakan pengesahan syarat lantikan lesen serta tindakan penguatkuasaan.

  6. Mengurus perkhidmatan kebersihan bagi kawasan luar kontrak dan kawal selia kebersihan kawasan kontrak.

  7. Merancang dan mengurusetiakan program khidmat masyarakat dan gotong-royong.

  8. Merancang dan memantau program kesihatan dan alam sekitar.

  9. Mengendalikan kes berkaitan kawalan mutu makanan dan program pendidikan kesihatan.

  10. Menyelia, menyelaras dan melaksanakan program perlindungan dan penghapusan gangguan.

  11. Menyelaras keperluan dan pergerakan logistik bagi kerja-kerja pelupusan sampah.

  12. Mengurus dan mengawal selia tapak pelupusan sisa-sisa pepejal/ sampah.

  13. Menyediakan jadual pembayaran kepada kontraktor pelupusan mengikut zon-zon.

  14. Memantau dan menyelia kebersihan sungai dan pulau-pulau.