MENU

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada seluruh kaum Tionghua dan Cina. Perayaan Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ tidak dapat dipisahkan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Tidak lengkap kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina sekiranya salah satu daripadanya tidak memenuhi perayaan ini. Begitu juga dengan kepelbagaian bangsa yang ada di Negara kita, tidak lengkap kemajuan yang dicapai pada hari ini tanpa persepaduan kaum yang ada di negara ini. Kesepaduan kaum membolehkan kita belajar mengenai perbezaan antara kaum. Ia memupuk semangat perpaduan, toleransi beragama dan keharmonian antara kaum. Semoga perayaan pada tahun ini akan dihadiri dengan semangat baru dan kemajuan dalam kehidupan buat semua. Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang tersayang.

“XIN NIAN KUAILE” DAN “GONG XI FA CAI”