MENU

Berkaitan dengan isu pelaksanaan jalan sehala di dalam Bandar Kuala Terengganu, adalah dimaklumkan bahawa perkara ini adalah masih di peringkat cadangan. Ini adalah kerana mengambilkira keadaan semasa iaitu dengan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung yang sedang dilaksanakan. Pihak MBKT, JKR dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa  masih lagi meneliti cadangan ini, dan perkara ini perlu dipanjangkan terlebih dahulu kepada Mesyuarat Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Y.A.B Menteri Besar sebelum dapat dilaksanakan.