MENU
 

img

Pada 20 Februari 2016, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan MBKT (KESUMBA) telah menganjurkan satu program Jelajah "Treasure Hunt" 2016 MBKT sempena Sambutan Ulang Tahun Pengisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air kali Ke-8. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, YBhg. Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi. Program ini telah disertai oleh sebanyak 54 buah kenderaan bermula di Dataran Shahbandar dan berakhir di Pantai Batu Buruk melibatkan kawasan di sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Kuala Nerus. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar, YBhg. Dato' Haji Mohamad Kamil bin Othman pada sebelah petang bertempat di Kelab Eksklusif MBKT, Pantai Batu Buruk.

[ Galeri Foto ]