MENU
 

Berkaitan isu di atas yang berlaku semalam 21 September 2016, pihak MBKT telah mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak arkitek, kontraktor dan juga pemilik bangunan. Sesi perbincangan ini turut disertai oleh pegawai dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB). Pihak JKKP dan CIDB telah mengeluarkan Notis Henti Kerja kepada kontraktor berkenaan dan mengarahkan mereka menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

[ Galeri Foto ]