MENU
 

Program tersebut telah diinisiatifkan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) bersama PLAN Malaysia Negeri Terengganu  dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Program tersebut telah diadakan pada 18 November 2017 (Sabtu) di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Untuk makluman Ahli-Ahli Mesyuarat, Hari Perancangan Bandar Sedunia  adalah suatu hari khas yang diraikan di 30 buah negara yang meliputi empat benua pada bulan November setiap tahun. Sambutan ini diadakan sebagai mengiktiraf dan mempromosi peranan Perancang Bandar dalam mewujudkan persekitaran kehidupan komuniti yang berkualiti dan salah satu agenda tetap tahunan MIP adalah  Pledge and Plant A Tree.

Alhamdulillah sejumlah 200 pokok telah disumbangkan oleh penaja-penaja yang kebanyakannya terdiri daripada perunding seperti perancang bandar, juru ukur, arkitek, jurutera, badan-badan korporat dan juga individu,

Objektif program berkenaan adalah :

  • Menyokong usaha-usaha ke arah pembangunan mampan, persekitaran yang lebih hijau dan peningkatan penyerapan karbon di kawasan Bandar.
  • Menggalakkan penyertaan awam dalam aktiviti menghijaukan alam sekitar.
  • Meningkatkan hubungan antara MIP dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

[ Galeri Foto ]