MENU
 

img

img

Pada 6 Julai 2014, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah menjemput Prof. Dr. Ridhuan Tee bin Abdulllah dari Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), UNiSZA bagi menyempurnakan Program Pemantapan Rohani dengan ceramah beliau yang berjudul "Sempurnakan Ramadhanku" bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Seramai 600 orang warga kerja MBKT telah menghadiri majlis tersebut yang turut diraikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar, Tuan Hj. Jahani bin Ismail, Setiausaha, Encik Rozali bin Salleh, Pengarah Khidmat Pengurusan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai serta warga kerja MBKT.

[ Galeri Foto ]