MENU
 

img

Majlis Perhimpunan Bersama Datuk Bandar telah diadakan pada 28 Januari 2018 jam 8.00 pagi bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. YBhg. Datuk Bandar, Setiausaha, Pengarah-Pengarah serta Ketua Bahagian telah menghadiri majlis berkenaan. Beberapa amanat telah disampaikan oleh Y Bhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar kepada warga kerja MBKT. Antara lain beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga kerja dengan doa serta harapan agar tahun baru ini akan menambah pengalaman dan kematangan hidup ke arah yang lebih bermakna dan bermanfaat seiring dengan peningkatan usia masing-masing.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar Akta Kerahsiaan Rasmi 1972 oleh semua warga kerja MBKT. YBhg. Dato' juga telah menyampaikan insentif kepada warga kerja yang telah mempamerkan prestasi kerja cemerlang dari bulan Julai sehingga Disember 2013. Cenderahati turut diberikan kepada warga kerja yang telah bersara dan akan bersara pada tahun ini. Selain itu, penyampaian Cek Insuran Takaful Keluarga Berkelompok turut disumbangkan kepada ahli keluarga warga kerja yang telah kembali ke rahmatullah.

YBhg. Dato' turut menyampaikan cenderamata khas kepada Encik Azih bin Muda, Penolong Pegawai Tadbir Tinggi yang telah berjaya menyandang jawatan sebagai Presiden CUEPACS Malaysia bagi sesi 2013/2016 menggantikan Ybhg. Dato' Hj. Omar bin Osman yang telah bersara.

[ Galeri Foto ]