MENU
 

Fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan lagi dengan operasi nyah kuman di PPR Hiliran oleh pihak MBKT. Turut hadir sama pada operasi ini YB Ahmad Shah bin Muhamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bandar, YS PPjB Md Hilman bin Abd Rashid, Pengarah JBPM Negeri Terengganu, Pengarah Kesihatan dan Persekitaran MBKT, Pengarah Korporat dan Kemasyarakatan MBKT dan tidak ketinggalan juga Pengerusi MPKK PPR Hiliran bersama Komuniti Bomba PPR Hiliran dalam memberikan kerjasama sepanjang operasi dijalankan.

Operasi ini dibantu oleh pihak Bomba dan pihak KKM yang hadir sama bagi memantau kerja-kerja yang dilakukan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Operasi yang dijalankan mengambil masa selama 4 jam bermula dari jam 9.00pagi hingga 12.00tengah hari.

Langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 akan sentiasa diberikan perhatian utama oleh pihak MBKT. Marilah kita sama-sama berjuang menangani wabak ini, anda sebagai rakyat yang prihatin haruslah terus kekal berada di rumah. 

Semoga kita semua sentiasa terhindar dari wabak Covid-19. Insyallah.