MENU
 

MOU tersebut telah ditandatangani di antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Wei Amber Group Sdn. Bhd dengan disaksikan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu pada 14 Disember 2016 bersamaan 14 Rabiul Awal 1438H.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-29 yang telah bersidang pada 28 September 2016 pada dasarnya telah bersetuju melupuskan Bazar Warisan kepada MBKT. Oleh itu, syarikat Wei Amber Group Sdn. Bhd. berhasrat untuk membangunkan Bazar Warisan sedia ada kepada restoran, medan selera, kedai dan hotel.

[ Galeri Foto ]