MENU
 

 Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1440H/2018M peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan Menyantuni Umat Membawa Rahmat telah diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada 20 November 2018 bersamaan 12 Rabiulawal 1440. Penyertaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk perarakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini disertai seramai 30 orang kontijen. Kontijen perarakan yang lengkap berpakaian baju melayu dan bersongkak ini telah diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kesungguhan kontijen telah membuahkan hasil apabila Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah dinobatkan selaku Johan  Perarakan bagi Kategori  Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri.

 

[ Galeri Foto ]