MENU

Setiap kali tibanya Syawal, kemeriahan majlis sambutan hari raya yang diadakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak dapat dinafikan lagi. Setiap tahun rumah terbuka MBKT sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Juadah yang pelbagai menjadi tarikan tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Majlis Sambutan Hari Raya MBKT pada tahun ini telah diadakan pada 28 Jun 2018 bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Kemeriahan sambutan hari raya pada tahun ini bertambah meriah apabila gerai tercantik dan pakaian tercantik telah dipertandingkan. Setiap gerai dipertandingkan mengikut Jabatan/ Bahagian/ Unit manakala pakaian tercantik dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan. Gerai-gerai makanan dihiasi dengan pelbagai hiasan yang bertemakan tradisional dan warna warni. Pelbagai gaya pakaian yang menarik perhatian juri dapat dilihat pada hari tersebut.

Sambutan hari raya ini bukan sahaja meraikan sambutan hari raya semata-mata malah ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk turut sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya MBKT pada tahun ini.

[ Galeri Foto ]