MENU
 

img

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah melangsungkan Majlis Sambutan Hari Raya sempena bulan Syawal 1436H/2015 pada tahun ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan pada 28 Julai 2015 berlangsung dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Turut hadir pada hari tersebut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Pelbagai juadah yang enak disediakan sempena Majlis Sambutan Hari Raya ini, antara juadah yang wajib dihidangkan ialah Ketupat dan lemang. Selain daripada itu turut dihidangkan nasi minyak, nasi dagang, soto, mee jawa, satay, mee goreng, kambing golek, cendol, air batu campur,kuih muih tradisional dan pelbagai hidangan lain yang menarik.

Suasana sambutan hari raya dimeriahkan lagi dengan persembahahan nyanyian daripada kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan SUKTRA. Para tetamu amat terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Lagu-lagu raya yang dipersembahkan menceriakan lagi suasana hari raya pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, Datuk Bandar turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 67 orang anak yatim, mereka terdiri daripada pelajar sekolah di sekitar Kuala Terengganu. Sumbangan yang disampaikan berupa hamper dan duit raya. Sumbangan ini serba sedikit dapat memberi kecerian dan kegembiran kepada mereka sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran tetamu yang dianggarkan seramai 4000 orang. Kehadiran kesemua kakitangan dan orang ramai memeriahkan lagi suasana Majlis Sambutan Hari Raya, selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

[ Galeri Foto ]