MENU
 

img

img

Majlis Persaraan YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 8 Disember 2014 jam 8.30 malam. YBhg. Dato' serta isteri, YBhg. To' Puan Hjh. Aizan binti Yaacob telah dibawa menaiki kereta kuda dari Kelab Eksklusif MBKT, Batu Burok sehingga ke perkarangan Stadium Negeri dan dipersembahkan dengan pertunjukan kawad formasi oleh 60 orang penguatkuasa MBKT. Mereka kemudiannya diarak dengan paluan rodat dan bunga manggar sehingga ke dalam Stadium tersebut.

Kombo d'Heritage MBKT telah mengiringi persembahan nyanyian pada malam itu dan kesempatan telah diambil oleh Datuk Bandar dengan mendendangkan dua buah lagu untuk menghiburkan warga kerja MBKT. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Marzuki bin Endut, Setiausaha MBKT, Tuan Hj. Mohammad Kamil bin Othman, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah dan isteri masing-masing. Kesayuan telah dirasai oleh semua warga kerja MBKT di atas persaraan Datuk Bandar yang berjiwa besar dan berwawasan tinggi itu.

[ Galeri Foto ]