MENU
 

img

img

Majlis Perhimpunan Bersama Datuk Bandar MBKT telah diadakan pada 27 Julai 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. YBhg. Dato’ Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar, YBhg. Tuan Hj. Jahani bin Ismail, Setiausaha, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai serta warga kerja MBKT telah menghadiri majlis tersebut.

Antara amanat yang telah disampaikan oleh Datuk Bandar adalah ucapan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kerja MBKT. Sumbangan raya berbentuk hamper telah disampaikan oleh Datuk Bandar kepada semua warga kerja selepas sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan selesai. Manakala Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUMBA) turut menyumbangkan minuman berkarbonat sempena hari raya kepada warga kerja MBKT.

MBKT juga menyampaikan sumbangan cek insuran takaful berjumlah RM27,000 kepada Puan Noriati binti Awang, balu kepada allahyarham Roslan bin Jaafar dan Puan Nor Azma binti Ismail, balu kepada Allahyarham Megat Hussin bin Megat Daud, warga kerja MBKT yang telah kembali ke rahmatullah.

[ Galeri Foto ]