MENU

img

img

Majlis tersebut telah diadakan pada 20 November 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Ia telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar, Encik Marzuki bin Endut, Setiausaha, Tuan Hj. Rozali bin Salleh, Pengarah Khidmat Pengurusan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai serta semua kakitangan MBKT.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan Lagu Selamat Sultan dan Lagu Bandaraya Kuala Terengganu. Antara amanat yang telah disampaikan oleh Datuk Bandar ialah mengenai persaraan beliau pada bulan Disember 2014 ini setelah berkhidmat selama 35 tahun dalam sektor awam. Beliau juga memohon kemaafan sekiranya ada serta memaafkan kesalahan semua kakitangan sebelum persaraannya.