MENU
 

Majlis penyerahan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pusat komersial yang berciri moden, Panji Curve telah diadakan pada 11 Julai 2017 bertempat di Dataran Panji. Dato Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri dan Kesejahteraan Bandar negeri telah menyerahkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan tersebut dengan disaksikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Abu Bakar.

Panji Curve telah dibangunkan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu di tapak yang amat strategik. Projek setinggi empat tingkat ini merupakan premis mesra Orang Kelainan Upaya dilengkapi 70 lot perkedaian, 127 petak tempat letak kenderaan dan kemudahaan lif. Hampir 80 peratus daripada keseluruhan lot perkedaian telah dijual.

[ Galeri Foto ]