MENU
 

img

img

Majlis tersebut telah diadakan pada 8 November 2014 jam 10.00 pagi bertempat di Agro Resort, Setiu. Seramai 42 orang penguatkuasa MBKT telah diberikan sijil pentauliahan sempena Tamat Latihan Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2014 selama 45 hari. Upacara pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Rekrut Terbaik telah disandang oleh Mohd Khairul Anwar bin Mohamad. Penembak Terbaik pula disandang oleh Mohd Hafiez bin Zakaria manakala Kumpulan Terbaik pula telah dimenangi oleh Kumpulan Hijau yang diketuai oleh Mohd Azri bin Karim.