MENU
 

img

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) Datuk Bandar, Yang-Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu di hadapan YAB. Menteri Besar Terengganu telah diadakan pada 16 Januari 2014 di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman. Seramai 13 orang Ahli Majlis MBKT telah hadir ke majlis tersebut. Bermula pada tahun 2014 ini, Kerajaan Negeri menghadkan tempoh pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Majlis selama dua penggal atau 4 tahun sahaja bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu mengaplikasikan idea baharu untuk pembangunan Negeri Terengganu.

[ Galeri Foto ]