MENU
 

img

img

Majlis anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Terengganu tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 14 Julai 2014 bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu. Turut hadir ke Majlis berkenaan ialah YBhg. Datuk Abd. Rahim bin Md. Noor, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA Negeri Terengganu.

Antara pengisian program adalah Pameran Pengenalan serta Aktiviti-aktiviti PPSPPA dan Kempen Kitar Semula dalam usaha memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengasingan sampah-sarap yang dibuang mengikut klasifikasi tong-tong kitar semula yang telah disediakan di tempat-tempat awam demi kebersihan persekitaran. Sidang Media juga turut diadakan sebagai promosi terhadap kempen kebersihan dan kitar semula bahan-bahan buangan. Pegawai-pegawai kanan MBKT dan PPSPPA juga hadir dalam majlis tersebut.