MENU

Majlis Pemakaian Pangkat dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah diadakan pada 26 September 2018. Majlis Pemakaian pangkat kepada Pegawai  Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Samiun Bin Salleh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Pada Majlis tersebut, Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut melakukan beberapa persembahan Kawad Formasi Berirama.

Turut diadakan Sambutan Hari Malaysia peringkat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Pada sambutan ini, ditayangkan Drama pendek yang bertajuk ‘Jiwa’.  Pada Majlis tersebut telah disampaikan beberapa penyampaian anugerah antaranya Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Ogos dan September, pertandingan Foto sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Anugerah Tokoh Sukan Merdeka dan penyampaian cenderahati kepada pesara bulan September dan Oktober.