MENU
 

img

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Pelancaran Kadar Baharu Parkir Bertingkat pada 30 Mac 2016. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd Rahman, Timbalan Pengerusi II, Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri. Turut hadir sama pada hari tersebut, Dato Haji Mohamad Kamil bin Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Majlis Pelancaran ini diadakan bagi memaklumkan kepada orang awam mengenai penurunan kadar baharu parkir bertingkat yang sebelum ini caj dikenakan bagi satu jam pertama ialah sebanyak RM2.50 dan jam seterusnya sebanyak RM1.00. Penurunan sebanyak 50 sen menjadikan kadar baharu yang dikenakan ialah sebnyak RM2.00 bagi satu jam pertama dan bagi jam seterusnya masih kekal pada kadar yang sama RM1.00. Parkir bertingkat ini mempunyai sebanyak 200 unit parkir untuk kereta biasa dan 32 unit parkir untuk MPV. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd Rahman telah menyempurnakan gimik perasmian Pelancaran Kadar Baharu Parkir Bertingkat disaksikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

[ Galeri Foto ]