MENU
 

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei 2016. Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu sebelum memulakan lawatan ke Pasar Kedai Payang. Tinjauan di Pasar Kedai Payang turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu. Beliau telah berjumpa dengan peniaga-perniaga dan bermesra dengan dengan orang ramai disamping melawat tapak niaga di dalam Pasar. Kemudiannya Perdana Menteri merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu. Sebelum berlepas pulang ke ibu negara, beliau merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir.

[ Galeri Foto ]