MENU

img

img

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia serta delegasi telah mengadakan kunjung hormat kepada YBhg. Dato' Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 25 Mei 2014 baru-baru ini. Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam yang hadir bersama beliau ialah YBhg. Dato' Dr. Sharifah Zarah binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato' Hj. Norzam bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi serta YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd Abd. Rahman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Azih bin Muda, Presiden CUEPACS Malaysia.