MENU
 

Pertandingan akhir kejohanan bola sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) kebangsaa telah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Pertandingan yang menyaksikan perlawanan diantara Terengganu dan Johor ini telah memberikan aksi yang menarik pada perlawanan ini. Namun nasib lebih memihak kepada pasukan tuan rumah, apabila jaringan tunggal Ros Mohd Muharam Wahab membantu Terengganu dengan kemenangan 1-0. Pasukan Johor hanya berputih mata tanpa sebarang jaringan sehingga ke akhir perlawanan. Kejayaan muncul juara membolehkan Terengganu menerima piala, medal dan wang tunai RM2,000 manakala Johor meraih RM1,000 dan medal. Dua tonggak Terengganu iaitu penjaga gol, Tengku Azraf Fahimi Che Ku Sulong dan pemain tengah, Mohd Shamsul Aswadi Ibrahim diumum sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Kejayaan pasukan Terengganu ini adalah hasil usaha keras setiap pemain yang bermain mati-matian daripada awal hingga ke wisel penamat. Selain daripada itu, kelebihan bermain digelangang sendiri juga menjadi salah satu faktor kejayaan pasukan Terengganu.

[ Galeri Foto ]