MENU
 

img

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) turut membuka Gerai Pameran sempena Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 12-14 Mac 2015. Antara pengisian Gerai MBKT ialah Hari Bertemu Pelanggan, Kaunter Semakan dan Kaunter Bayaran serta Pameran Pembangunan Kuala Terengganu.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dan MBKT juga memperkenalkan tong-tong sampah baharu yang lebih ringkas dan praktikal untuk digunakan. Kerjasama dan sokongan antara Jabatan-Jabatan di MBKT begitu memberangsangkan dan telah menjayakan Gerai MBKT. Begitu juga dengan komitmen para pegawai kanan MBKT yang turut serta menghadiri karnival tersebut. Karnival TTB telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB. Menteri Besar Terengganu pada 12 Mac 2015 jam 8.30 malam.

[ Galeri Foto ]