MENU

img

Hari Tandas Sedunia disambut setiap 19hb November di seluruh dunia. Hampir 60 negara di seluruh dunia menyambut Hari Tandas Sedunia, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Tandas Sedunia bagi memberi kesedaran tentang kepentingan sanitasi tandas yang bersih dalam kehidupan seharian kepada rakyat.

Pada tahun ini, sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Sambutan Hari Tandas ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd. Rahman dan Menteri Kesejehtaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pada tahun ini Sambutan Hari Tandas Sedunia bertemakan "Tandas Bersih, Rakyat Selesa". Ini bagi memberikan kesedaran kepada mana-mana pihak dalam menjaga kebersihan tandas dalam kehidupan seharian mereka. Isu kebersihan tandas kelihatan atau dipandang sebagai perkara biasa tetapi perlu dipantau dan diselia sepanjang masa.

[ Galeri Foto ]