Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Peranan Jabatan

  1. Mengendalikan dan menyelia laporan nilaian ke atas pegangan dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

  2. Menyelia dan mengemaskini senarai nilaian ke atas bangunan baru bina sepertimana peruntukan Akata dan Undang-undang.

  3. Merancang, meyelidik dan membuat kajian mengenai kaedah nilaian mengikut peruntukan undang-undang.

  4. Mengkaji dan menyediakan laporan untuk kajian semula setiap 5 tahun atau lanjutan tempoh sepertimana dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

  5. Menentukan kedudukan harta dibawah caruman  membantu Kadar Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

  6. Menentukan dan menyelaras laporan pemeriksaan premis kosong serta menyediakan laporan pulang balik hasil.

  7. Menyedia dan menyimpan segala rekod dan maklumat mengenai permis yang dikenakan cukai.

  8. Memeriksa dan melapor terhadap harta dilupus, runtuh, terbakar dan menyediakan senarai penghapusan cukai.

  9. Menyediakan daftar pindah milik harta.

  10. Merancang dan memantau aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan aset.

  11. Memeriksa dan melapor keadaan dan keselamatan aset semasa.

  12. Menyelia, menyelaras kadar sewaan premis, kutipan sewa/pajakan, amanah dan laporan sewaan.

  13. Memberi taklimat kepada bakal-bakal penyewa dan memantau aktiviti dalam premis supaya mematuhi syarat sewa.

  14. Mengurusetia Jawatankuasa pemilihan penyewa.

  15. Mengurus dan mengendalikan kerja-kerja pembaikian kecil, pembahruan dan pengubahsuaian.

  16. Menyediakan laporan/penyata sewaan dan kawalan, notis dan perjanjian sewa.

  17. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dalaman.