MENU

Bersempena bulan yang mulia ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1438H pada 13 Julai 2017 bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Kelab Kebudayaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri ini. Sumbangan yang disampaikan berupa hamper dan duit raya. Dengan sumbangan yang disampaikan ini ia sedikit sebanyak dapat memberikan kecerian kepada anak-anak yatim ini sempena bulan Syawal yang mulia ini.

[ Galeri Foto ]