MENU
 

Untuk makluman, sempena program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2016, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Pertandingan Papan Iklan Luar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengusaha Papan Iklan Luar Swasta tahun 2016. Objektifnya adalah:

1. untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dan betul pada papan iklan luar;
2. untuk memberi pengiktirafan kepada PBT bagi rekabentuk dan tulisan papan iklan luar yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul; dan
3. untuk memberi penghargaan pengusaha papan iklan luar swasta yang memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

Syarat-syarat Pertandingan
Garis Panduan Penilaian Pertandingan
Borang Penyertaan Pertandingan

Borang Penyertaan hendaklah diemelkan kepada mustafakamal@kpkt.gov.my dan helen@kpkt.gov.my sebelum atau pada 11 November 2016 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada encik Ahmad Mustafa Kamal bin Salim di talian 03-8891 3162.