MENU
 

Majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada premis perniagaan di sekitar Kuala Terengganu telah diadakan berhadapan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 25 Ogos 2019. Majlis Penyerahan Jalur Gemilang tersebut telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu.

Ustaz Ahmad Shah Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar turut hadir sama bagi mengiringi YB Ustaz Ariffin bin Deraman untuk penyerahan bendera kepada premis-premis peniaga di sekitar bandar Kuala Terengganu. Kempen kibar Jalur Gemilang ini diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan masyarakat sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62.